Du er ikke logget ind
Beskrivelse
Didalam buku ini penulis banyak berbicara tentang kepercayaan yang mungkin akan menganggu perasaan pembaca. Dengan itu penulis terlebih dahulu memohon maaf. Banyak dari perkara yang diamalkan dan dianggap Islam adalah merupakan ikutan dari Alkitab Bible Kristian. Para Ulama dan cendiakawan Islam yang mengikut ajaran ini, tidak mahu terkeluar dari aturan mazhab atau takut dihukum atau dipulaukan oleh mazhab mereka. Ajaran yang diambil dari Alkitab Bible Kristian ini telah lama meresap dalam ajaran mazhab-mazhab mereka. Malangnya banyak yang terkeluar dari ajaran Kitab Quran yang sebenar. Didalam buku ini penulis mendedahkan ajaran-ajaran yang dianggap sahih dan digunapakai oleh orang Islam seluruh dunia sebenarnya telah membelakangkan Kitab Quran. Disini penulis mengunakan Kitab Quran sendiri sebagai bukti dimana mereka ini telah jauh tersasar dari landasan yang sebenar. Kita tidak boleh menafikan kebenaran bahawa Nabi Muhammad telah mengunakan Kitab Quran sebagai ajarannya sepertimana yang diperintah oleh Allah. Marilah kita kembali kepada ajaran yang sebenar. Dan fikir sejenak dan terima dengan keyakinan pada Tuhan Yang Satu.